Integrasi Api Biztory

Modified on Thu, 1 Oct, 2020 at 5:25 PM

Integrasi Api Biztory ?

API, Application Programming Interface bermaksud “Program Antara Muka”. Ini adalah set arahan pengaturcaraan dan standard untuk akses menerusi aplikasi web menggunakan perisian aplikasi web. Selain daripada memudahkan  hubungan antara dua aplikasi integrasi,  peranti atau program, ia juga memproses permintaan dan kelancaran didalam ekosistem perniagaan anda. Oleh itu, Biztory mempunyai API yang membolehkan perisian software lain dapat dijalin atau disatukan dengan Biztory untuk menikmati  perkhidmatan yang lebih bagus dalam masa yang sama dan membenarkan pengguna memasuki kandungan dari aplikasi lain dengan lebih mudah.


Biztory mempunyai lebih dari 30 perisian aplikasi untuk menyediakan aliran kerja yang automatik seperti IPAY88, MolPay, Hong Leong Bank, Whatsapp, Emel, EasyStore dan SiteGiant. Biztory juga bekerjasama rapat dengan Hong Leong Bank untuk memudahkan kerja anda membuat pembayaran. Anda juga boleh mengeluarkan invois dengan mengunakan kod JomPay dengan lebih mudah. Setelah pembayaran dibuat ke akaun anda, ia akan terus ke pautan Biztory untuk mengeluarkan invois tersebut. Ini semua boleh dibuat dengan menekan satu butang klik sahaja. Akhir sekali, anda tidak perlu untuk membuat rekonsiliasi bank yang akan mengambil masa yang lama.


Biztory + Hong Leong Bank

                                                           

Biztory bekerjasama dengan Hong Leong Bank untuk memudahkan pekerjaan anda untuk membuat pembayaran. Anda kini boleh mengeluarkan invois kepada pelanggan anda dengan KOD biller JomPay dan menerima bayaran dengan mudah. Setelah pembayaran dibuat ke dalam akaun bank anda. Ia akan secara automatik ke sistem Biztory dan mengoutamsi invois tertentu sebagai sudah dibayar.Semua ini dapat dilakukan dengan satu klik. 

Daripada anda perlu melunaskan perbelajaan syarikat satu persatu dengan mengunakan Biztory, kini anda membayarnya sekali gus dengan hanya menekan satu KLIK sahaja. 

Pengguna Biztory kami kini dapat klik fail yang ingin mereka bayar, memuat turun fail tersebut dan membuat naik ke Hong Leong Bank ConnectFirst dan membayarnya sekali gus.


Terakhir sekali tidak perlu lagi melakukan kerja rekonsiliasi yang akan memakan masa anda! Aliran tunai di halaman Biztory kini diselaraskan dengan akaun Hong Leong Bank ConnectFirst anda. Jadi anda boleh memeriksa baki akaun anda daripada Biztory sahaja. 

 

Biztory + IPAY88

Biztory bekerjasama dengan aplikasi pembayaran IPAY88 dengan tujuannya  mempercepatkan anda dalam satu klik. Pengguna Biztory kini dapat menerima pembayaran secara digital dengan lebih mudah. Dengan fungsi wang mudah alih yang baru dilancarkan, semua jualan anda dan akaun penghutang akan secara automatik berada dalam sistem. Selain daripada itu, resit rasmi akan dihantar secara automatik kepada pelanggan anda. 


Dengan itu, anda hanya perlu meminta pelanggan anda membuat pembayaran melalui IPAY88, dan semua catatan perakaunan yang berkaitan akan di lengkapkan secara automatik. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan kerja kemasukan data secara manual dan menerima angka penghutang dengan tepat.


Biztory + MOLPay

MOLPay juga adalah gerbang pembayaran yang bergabung dengan Biztory dan bekerjasama, integrasi ini akan memberikan pelanggan anda tawaran tunai, perbankan dalam talian dan juga pilihan proses pembayaran kad kredit. Apabila pelanggan anda membuat pembayaran dalam talian melalui MOLPay, anda dapat menyemak semua transaksi MOLPay di Biztory.


Biztory + Whatsapp + Email

Biztory juga telah disatukan dengan Whatsapp dan juga Emel di dalam Biztory. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk menghantar invois jualan melalui Whatsapp dan Emel dengan hanya satu klik sahaja. Oleh itu, anda dapat memudahkan tugas anda dan menghantar invois jualan kepada pelanggan di mana anda berada.


Biztory + Netshop

Biztory juga memberi manfaat kepada pemilik perniagaan dalam talian. Netshop adalah sistem kedai dalam talian yang hebat dan membolehkan anda menguruskan kesemua kedai dalam talian anda dalam satu aplikasi Netshop. Ini adalah platform E-dagang yang bermanfaat kepada penjual di Malaysia untuk mengautomasikan proses dan menguruskan pelbagai pasaran seperti PrestoMall, Lazada, Qoo10, Shoppe dan Lelong. Melalui penyatuan Netshop, penggunaan Biztory dapat menyegerakan data dari Netshop terus ke Biztory jadi  invoice dan inventori akan secara automatik direkodkan dalam Biztory dan mampu mengurang kan beban kerja anda.


Biztory + EasyStore

EasyStore adalah sekumpulan belia kecil yang bersemangat untuk membantu perniagaan kecil lebih berkembang melalui teknologi semasa. Dengan EasyStore,  anda akan lebih mudah mengurus kedai dalam talian anda dan juga menjual dalam talian - di komputer, telefon anda dan tablet anda.Ini adalah penyelesain E-dagang yang baik untuk perniagaan dalam talian anda. 

Selain daripada itu anda dapat mengesan inventori anda dengan lebih cepat dan memeriksa produk terlaris di kedai dalam talian anda!

Melalui penyatuan dengan EasyStore  anda kini dapat sync dari EasyStore terus ke Biztory. Dengan itu Biztory akan secara automatik akan membuat invois jualan dan merekodkan jualan anda!


Biztory + SiteGiant

SiteGiant adalah salah satu kedai e-dagang terbesar yang membolehkan anda menguruskan perniagaan dalam talian dan perdagangan sosial anda! Ini adalah platform e-dagang yang di manfaatkan oleh penjual Malaysia untuk menautamasikan proses dan pengurusan pelbagai pasaran seperti PrestoMall, Lazada, Shopee, Qoo10, dan Lelong serta perniagaan yang berada didalam media sosial anda seperti Facebook dan Instagram.

Melalui bekerjasama antara SiteGiant,pengguna Biztory dapat menyegerakan dan mengemaskini mana-mana data dari SiteGiant ke Biztory secara langsung, penjualan dan pembayaran akan secara automatik dapat dicatat ke dalam Biztory.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article